Friday 19 April 2013

Testimoni CarotoMax - Membantu Meningkatkan Penglihatan Mata

Bismillah



http://baitijannatiqolbi.blogspot.com


http://baitijannatiqolbi.blogspot.com

Sebiji CarotoMax adalah bersamaan 102 pisang, 285 pink grapefruit, 714 aprikot, 89 raspberries & sepotong ikan salmon..Wah, larat ke kita nak makan sebnyak tu unt dpatkan khasiat sebiji Carotomax?? hehehe



Apa Kata Pengguna CarotoMax?

Ingin mencuba produk ini?

Macam biasa, hubungi saya segera

PM@SMS@WHATSAPP FiQaH 0124650784

Penghantaran seluruh Malaysia

COD: Buterworth, Kpla Batas, Tasek Gelugur, Sg 2, Penaga, TAT

^____^


Wednesday 17 April 2013

Panduan bagi Ibu Yang Merancang Untuk Hamil

Bismillah..

Anda merancang untuk hamil? Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki anda untuk menimang cahayamata..Tapi, ada 1 perkara yang anda perlu tahu & perlu amalkan..Sila bertindak segera sekiranya anda sedang hamil tetapi masih belum melakukannya kerana mungkin akan membahayakan janin anda..Nauzubillah!!

Jeng..jeng..jeng..apakah yang saya maksudkan tu..bunyi macam serius ja. Ya memang serius kerana bayi anda BERISIKO unt menghidap: 

1) KECACATAN SARAF TUNJANG (NEURAL TUBE DEFACT) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)


dan 

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele). pergghhhh, berbelit-belit lidah nak menyebutnya. Kalau nak tau mcmna rupanya, silalah google....saya tak sampai hati nak post kat sini..sedihh tgk baby mcm tu :(

2) KEGUGURAN, LAHIR MATI, KELAHIRAN PRA MATANG & KEKURANGAN DARAH

3) KECACATAN YANG LAIN PADA BAYI SEPERTI sumbing lelangit (cleft palate), kecacatan pada jantung (congenital heart disease), pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).

Apakah punca kepada masalah2 ini?? puncanya ialah TIDAK MENGAMBIL / KURANG MENGAMBIL ASID FOLIK SEBELUM & SEMASA HAMIL

Apakah Asid Folik?
Folik Asid adalah vitamin B9 yang tergolong dalam kumpulan Vitamin B. Sangat penting kepada wanita yang merancang untuk hamil. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis & di dalam ekstrak daging lembu.

Bilakah Asid Folik perlu diambil?
Asid folik perlu diambil sekurang-kurangnya 3-6 sebelum kehamilan. Ianya juga membantu untuk merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ianya mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, otak & sistem saraf bayi anda sedang membentuk & berkembang pesat. Jadi, penting bagi ibu untuk tidak lupa mengambil asid folik setiap hari. Semasa minggu ke 13 kehamilan, ibu hamil boleh menghentikan pengambilan asid folik. Namun begitu jika ibu hamil meneruskan pengambilan asid folik, ianya tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Siapakah yang perlu mengambil asid folik?

  • Semua wanita yang berumur dr 14-44 tahun terutamanya wanita yang merancang untuk hamil.
  • Ibu yang pernh melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang (berisiko unt melahirkan anak seterusnya dgn kecacatan yg sama)
  • Lelaki yang mempunyai masalah kesuburan


Sumber makanan yang mempunyai asid folik

  • Bendi
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang
  • Barli
  • Oat
  • Sayuran Hijau
  • Buah & sayur berwarna kuning & oren seperti pisang, jagung, oren, labu, betik & lain2.
Tahukah Anda??

Asid folik dalam makanan akan termusnah jika ia terlebih masak. Jadi, masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air yang minima. Makanlah sayur-sayuran yang dicelur secara sederhana atau mentah.


Persoalannya disini, mampukan kita memastikan bahawa kita mendapat bekalan asid folik yang mencukupi dari sumber pemakanan kita? Mungkin tidak mengapa bagi mereka yang cerewet dalam  memastikan kadar asid folik yang mencukupi. Tapi, bagi yang sibuk, yang tidak punya masa untuk memastikan ianya cukup, alternatifnya adalah melalui pengambilan supplimen yang mengandungi asid folik!!

Jom berikan yang terbaik unt bayi anda..Mencegah itu lebih baik dari mengubati bukan??



Moga ibu2 dikurniakan bayi yg comel & sihat!!

Pastikan sumber supplimen yang anda ambil. Adakah ianya dr sumber semulajadi yang sentiasa selamat & berkesan?? jawapannya YA sekiranya ia adalah SUPPLIMEN SHAKLEE ;)

Ingin mencuba pelbagai supplimen semulajadi Shaklee..Macam2 ada, antaranya:

  • Set Kehamilan ( Juga mengandungi Bcomplex yg ada kandungan asid folik)
  • Set Berpantang
  • Set Menyusu
  • Set Kesuburan suami isteri
  • Set Senggugut
  • Set Kecantikan Kulit
dan macam2 lagi..Hubungi saya unt dapatkan supplimen berdasarkan masalah anda. Saya berikan konsultasi percuma.


pm@sms@whatsapp FIQAH 0124650784
Penghantaran seluruh Malaysia
COD: Butterworth, Kepala Batas, Tasek Gelugur,Sg 2, Penaga, TAT


Monday 15 April 2013

Kulit Cantik & Sihat

Bismillah..

Sy pasti semua orang nakkan kulit yg cantik & sihat kan?? especially perempuan (tp lelaki sekarang pun dah pandai jaga muka, kan...hehe)..Same like me..Dulu penah mengalami episod duka mempunyai kulit yg sangat bermasalah..puncanya?? suka sgt cuba produk itu, produk ini..mostly yg ada chemical plak tu..mula2 mmgla ok, muka jd halus mulus, x da jerawat tp smp 1 tahap,bila stop amik produk tu, jerawat2 mula berkeliaran semula..Argghhhh tension, bila tension, stress kuar jerawat lg belambak2..huhuhu..tp tu dulu, masa zaman belajar..lepas tu sy stop suma yg ada chemical, mula rajin p wat rawatan resdung & pki pencuci biasa aje..alhamdulillah, ada perubahan..

Bila dah keja, dah ada duit lebih sikit, mula concern nak jaga balik muka..masa tu dah byk iklan pasal ESP..google punya google, hati ni tertarik betul nak cuba..hehhe..so sy pun belila ESP dr sorg kwn..hurm bila dah try, sedap juga..rasa soya, yelah dah nama pun ENERGIZING SOY PROTEIN kan..mestilah ada rasa soya..bkn sja bleh di minum, bleh wat masker lagi..Alhamdulillah, bila dah sebulan makan memang dah rasa kesannya (masa ni bergantung pd org, kesan pada setiap org tak sama)..hubby pun tegur, kulit muka nmpk lain sikit..hehhe..kembang la kan kena puji..& yg paling best rekahan kat tumit dah semakin licin!!.. ESP ni bukan sahaja unt kulit, tp juga bg tenaga & rasa kenyang. Memang betul kadang tu amik ESP masa sarapan, kul 3, 4 plak baru rasa lapar..Tapi, saya masih menyusukan syifaa, nasi mmg tak leh skip..kalau skip nasi rasa mcm susu tu x mo keluar je..hehe..Now saya dah tambah VIT E & VIT C pula.yg sy perasan sejk ambik vit e kulit tangan jd lembap sikit,. Before this sy mmg kn pakai lotion sbb tangan kering tp skang tak pki pun xpa.alhamdulillah ada kesan positif cuma ambil masa sedikit..yelah produk dr bahan semulajadi mmg lambat sikit kesannya kan..

ITULAH SERBA SEDIKIT TESTIMONI SAYA SEJAK SAYA CONSUME ESP + VIT E + VIT C

Jom kita tengok apa yg terkandung dalam Set Asas Kecantikan.



Set asas kecantikan ni mengandungi ESP, SR VIT C & VIT E.. Bleh add on dengan produk lain mengikut masalah yang dihadapi oleh pengguna. Mungkin ada alahan boleh amik Alfalfa..Kalau nak konsultasi percuma boleh bhubungi saya ye..;) Meh kita cikidout info pasal produk2 ni..

KLIK SINI UNTUK ESP


KLIK SINI SR VITA C



Vit E Complex ini diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum dan digabung dengan 8 jenis vitamin E. Juga mengandungi 10 mg selenium semulajadi yanag membantu tubuh kita menyerap vit  E, memelihara membran sel, sel darah merah & tisu otot..Ianya juga adalah penyahtoksid semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan & melindungi retina..Selain itu, Vit E yg baru ini juga mengandungi grape seed ekstrak.. Apa kelebihan grape seed ekstrak ni??

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini jugamembantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.


JOM TENGOK APA MANFAAT UTAMA 

 * Melindungi jantung
* Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
* Anti penuaan
* Anti oksidan yang kuat
* Kelestarian tenaga
* Memperbaiki arthritis
* Menghalang keguguran janin
* Memperbaiki parut

Banyakkan manfaat dari sebiji vit E..Dalam sebotol ada 120 bj..sehari mkn sebiji je..jadi tahan unt 120 hari bersamaan 4 bulan..wow!!.. sgt berpatutan dengan harganya tau..


Berminat nak dapatkan vitamin2 ini??

Hubungi saya FIQAH 

pm@sms@whatsapp 0124650784

COD: Butterworth, Kpla Batas, Sg 2, Tasek Gelugur, TAT, Penaga

HARGA MENARIK MENANTI ANDA!!

HAVE A NICE DAY ^_____^




Monday 8 April 2013

ROKOK??? NO NO NO!!

Bismillah..

Straight to the point, nak cite pasal rokok ni ha..oh daku memangla ckp tak suka bau asap rokok.. kalau nak merokok, p lah merokok jauh2 dari daku. Kalau kat public, ckp tension klu kena bersesak skali dgn perokok. Sebab apa? Sebab kita sebagai passive smoker pun turut terdedah dgn bahaya asap rokok woo..jom kita tgk apa kandungan rokok.


see!! punyalah banyak bahan kimia merbahaya dalam sebatang rokok..wooo woo woo, tak takut ke wahai perokok2 sekalian..

Jom kita tengok apa pulak kesan2 rokok


Hurmmmm, merokok ni sgtla membahayakan kesihatan.. Sesiapa yg tak tau lg, harap2 bila dah baca kat sini dapatlah berhenti serta merta dr merokok!! Bukan sahaja merbahaya tapi juga membazir. Duit beli rokok tu kalau dimasukkan ke dalam tabung, agak2nya dah berapa dah jumlahnya ek?? Orang lelaki ni kalau suruh berhenti merokok mcm2 alasan diberi..Susah la, dah sebati dgn dirilah, nantilah, mcm2 lg excuses mereka. Fikirkanlah tentang kesihatan anda & org2 disekeliling anda!!

Tapi bukan semua org lelaki yg tak cuba untuk berhenti dari merokok kan..Bagusla kalau dah ada kesedaran..Cumanya masih belum berjaya juga. Apa cara yang anda gunakan?? Kat sini sy nak share 1 testimoni pengguna VIVIX SHAKLEE yg bila dia hisap rokok, dia merasa rokok tu pahit macam HEMPEDU..Meh baca sendiri kalau tak percaya..hehe




APA ITU VIVIX??



Vivix adalah minuman campuran botani Poligonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun), Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan & sel anti penuaan semulajadi.

APAKAH KEISTIMEWAAN VIVIX??

VIVIX dapat membantu menjaga

  • kesihatan jantung
  • kesihatan otak
  • kesihatan sistem imun
  • kesihtan sendi
  • perlindungan antioksidan
  • peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • kesihatan & kesejhteraan berpnjangan


ANDA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN?? ANDA MERUPAKAN PEROKOK TEGAR DAN INGIN BERHENTI MEROKOK?? ANDA PATUT MEMCUBA VIVIX!!

Ingin mencuba VIVIX?? pm@sms@whatsapp FIQAH 0124650784 unt pertanyaan lanjut

Penghantaran seluruh Malaysia

COD : Butterworth, Kepala Batas, Tasik Gelugur, Sg 2, TAT & Penaga.

^______^


Sunday 7 April 2013

Vita-lea Iron Formula


Inilah dia multivitamin keluaran shaklee. Daku memang ambil multivit ni..Alhamdulillah sgt mbantu memberi tenaga menguruskan rumahtangga, bekerja & wat aktiviti seharian..Dulu masa pas lahirkan 'Amir Zhafran xda amik apa2 multivit pun cuma amik alfalfa unt bantu tambahkan susu..Memang terasa perbezaannya, sekarang ni wpun anak dah bertambah means tugas pun bertambah tp masih mampu uruskan mereka. Kalau dulu, balik sekolh mesti kena tido dulu seround. Nak kn cas bateri balik unt uruskn umahangga plak..tp skang alhamdulillah, dgn izin Allah rasa macam tenaga tu sentiasa ada unt buat semua keja (esp bila cik abg kn outstation)..hihihi. 

Meh cikidout apa manfaat utama Vita-Lea  Iron Formula ni:

PENAMBAHAN TENAGA SEGERA
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pembelajaran mahupun aktiviti seharian.

PELENGKAP NUTRISI
Kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia. Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku & hormon. Serta menjaga kesihatan tiroid.

KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF
Penting kepada kanak2 & remaja yang sedang membesar. Tp unt kanak2, ada yg chewable, lebih mudah unt mereka hisap.

METABOLISME
Sgt membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan proses penuaan.

MELINDUNGI ORGAN
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati.


Meh kita tgk sini  nutrisi apa yg terkandung dalam Vita-Lea


sumber: Buku Nutrisi

& apa pula kata pengguna Vita-Lea Iron Formula
 

SIAPA YG PERLUKAN VITALEA??
* Wanita / lelaki  yg memntingkan kesihatan optimum
* Individu yg selalu, letih, lesu, tidak bertenaga (wanita / lelaki bkerjaya / pelajar)
* Ibu mengandung ( sgt bagus sebab mengndungi Iron)
* Ibu menyusu
* Ibu dalam pantang (normal / operation)

BERMINAT??
pm@sms@whatsapp FIQAH 0124650784 
juga bole dihubungi melalui fanpage :
http://www.facebook.com/pages/Mama-Lawa-Anak-Sihat-Papa-Bahagia/516735231702342

Penghantaran seluruh Malaysia
COD Area: Butterwrth, Kpla Batas, Sg2, Tasek Gelugur, TAT, Penaga

Konsultasi percuma..nak tau harga menarik dr sy, jgn lupa hubungi sy yer ^___^



Wednesday 3 April 2013

Sustained Release Vita C 500 MG

Bismillah

Hari ni nak share pasal Sustained Release Vita C 500MG..Apakah yg dimaksudkan dgn 'Sustained Released'? Setiap tablet Vita C Shaklee mengandngi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) & membebaskan 1.5 vit C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vit c di dalam 2 tablet Vit C Shaklee ( di dalam jurang masa 5 j) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah). Ia mengandungi kemampuan meningkatkan keberkesanan penyerapan vit C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.



MANFAAT UTAMA SR VITA C 500 MG

MEMBENTUK KOLAGEN
Membantu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka & tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan & menghalang otot mmenjadi lembik.

MEMPERBAIKI SIMPTOM PENDARAHAN
Kekurangan vit C adalah penyebab kepada gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Vitamin C dapat membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit & asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan & dan mengurangkan symptom flu & selsema.

MEMERANGI KANSER

Ia adalah satu-satunya anti oksidan yg berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh & meransang pengeluaran T-cells unt melawan sel-sel kanser & membuang kimia merbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

MENCANTIKKAN KULIT

Ambil vitamin C setiap hari unt kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan & menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

MEMPERBAIKI IMSOMNIA

Ia memperbaiki imsomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.


MENGEKALKAN KOLESTEROL SIHAT

Ianya mampu mengurangkan kolesterol & tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendrahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral & skurvi.




SIAPA YG PERLU MENGAMBIL SR VITA C?

Individu yang mementingkan kesihatan optimum.
Ibu mengandung.
Ibu menyusu.
Ibu berpantang secara normal @ pembedahan.
Individu yang mengalami masalah period tidak teratur / PCOS / Kesuburan.
Individu yang menjaga kecantikan kulit.
Individu yang mempunyai resdung, asma, alergi & ekzema
Individu2 yang mempunyai masalah2 seperti yg diterangkan dalam manfaat.


AMARAN!!!
1 Batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vita c
Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vita c
Kontraseptif & pil penahan sakit akan menyusutkan vit c dengan banyak
Terlebih dos vit c akan menyebabkan cirit - birit


sebelum membeli buat pilihan yang bijak okeh ;)



Anda berminat nak dapatkan SR Vita C ini?
Meh pm@sms@whatsapp FIQAH 0124650784
Pastinya harga menarik menanti anda!!
COD: Bworth, Kpla Batas, Sg 2, Tasek Gelugur, Penaga, TAT

Nak wat preorder pun boleh ye..bkn apa, SR Vita C ni mmg sgt laku..takut out of stock aje..menyesal nti.. ^___^





Monday 1 April 2013

Mengapa Badan Kita Perlukan Suppliment?

Bismillah..

Wah, panjang gitu tajuk entry pd hari ini..hihi..Ada 7 sebab kenapa suppliment penting kpd kita..Meh kita baca sama2..

BADAN MEMERLUKAN DOS YG TINGGI BAGI SESETENGAH NUTRIEN
    Badan kita memerlukan dos vitamin yg lebih tinggi dari apa yg boleh diperolehi daripada makanan.
    Contohnya, Vita C & Vita E yg diperolehi daripada makanan shja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan & anti penuaan.



SAYUR & BUAH YG TERCEMAR & TERJEJAS
Buah-buahan & sayur-sayuran yg ditanam di atas tanah yg tidak subur mengandungi bahan galian yg kurang berbanding dgn buah & sayuran dari tanah yg subur. Racun perosak, racun serangga & bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah - buahan & sayuran tersebut.



KEHILANGAN NUTRIEN DALAM MAKANAN
Zat makanan mudah hilang semasa dalam proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan. Vit c & enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.



GANGGUAN PENYERAPAN NUTRISI
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol & antibiotik  boleh menggangu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak , gula & garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.


MAKAN MENGIKUT SELERA
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk , jarang memasak di rumah & lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG. Bagi yg bekerja, makan tengahari selalunya di luar & makan malam pula dimasak dengan seringkas yg mungkin, maka pengambilan makanan yang seimbang tidak dititikberatkan.


PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran juga boleh menyebabkan masalah kesihatan, masalah kulit & sbgainya..


Jadi, bagaimana unt kita mengatasi masalah2 ini?? Jawapannya, adalah melalui pengambilan suppliment unt memastikan supaya badan kita kekal bertenaga, cergas, tidak mudah letih & dapat menjaga keluarga kita sebaiknya.

Siapa yg perlukan suppliment? Semua orang!! 

Meh baca sini pulak..ibu2 bekerjaya sgt2 memerlukan suppliment okeh!!


Nak dapatkan supliment2 shaklee ini unt memastikan anda kekal sihat bertenaga ( Dengan izin Allah) demi keluarga tercinta??meh pm@sms@ whatsapp FIQAH 0124650784 unt konsultasi percuma!! Yang pasti dapatkan harga super special hanya dari saya!!

Penghantaran seluruh Malaysia

COD area: Butterworth, Kpla Batas, Sg 2, Tasik Gelugur, Penaga

Juga lawati FanPage saya untuk pelbagai maklumat menarik!!

Have A Nice Day Oulss