Wednesday 17 July 2013

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu Ketika Berpuasa



Bismillah

Hari ni nak share sikitlah pasal panduan pemakanan ibu menyusu ketika berpuasa nih..saya pun ibu menyusu, jadi sapa2 lagi yang sedang menyusukan bayi-bayi comel anda meh kita amalkan panduan ini..Moga perjalanan penyusuan kita berjalan lancar. Amin!!




1. MINUM AIR SECUKUPNYA

    Anda perlu minum air yang cukup ketika sahur & berbuka puasa bagi mengelakkan dehidrasi  yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum 2-3 liter sehari.. Wah, macam susah je nak minum banyak tu ketika bulan puasa..Tak susah sebenarnya.. Kalau boleh cuba sukat pengambilan air, coontohnya masa sahur nak minum banyak mana, masa buka puasa nak minum banyak mana. Elakkan pengambilan air manis ketika buka puasa. Masa sahur pulak, kalau tak lalu minum air kosong, cuba minum air suam..

2. JANGAN ABAI SAHUR

    Usah sesekali meninggalkan waktu sahur & anda digalakkan melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein & apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng  dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA

    Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 biji. Amalan sebegini dapat mendapatkan tenaga  segera selepas berpusa sepanjang hari. 

4. BANYAKKAN BUAH & SAYUR

   Makanlah buah & sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT

  Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengmbil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. AMALKAN MADU

  Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. ELAKKAN MINUMAN KARBONAT

  Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi  banyak gula seperti minuman bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu peghasilan susu ibu jika diambil berlebihan

8. MENGAMBIL SUPPLIMEN & MAKANAN PENAMBAH TENAGA

    Ibu-ibu juga digalakkan mengambil multivitamin dan minuman penambah tenaga seperti ESP (protein dari sumber soya) supaya dapat terus kekal bertenaga disamping menjayakan penyusuan si comel anda.


Ingin mencuba set untuk kekal bertenaga dari shaklee? pm @ sms @whatsapp 0124650784. Ataupun boleh klik sini.  Tak rugi mencuba..Ibu cergas, anak pun dapat khasiat!!

Tuesday 16 July 2013

Kenapa Badan Kita Memerlukan Vitamin B Complex?



Badan kita memerlukan vitamin B yang mencukupi bagi membantu proses penghadaman , iaitu pertukaran makanan kepada tenaga serta memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Sebab itu, dalam program kesihatan Shaklee… B Complex merupakan salah satu supplement  asas yang wajib diambil untuk kebaikan dan kesihatan badan secara menyeluruh.


B complex Shaklee berbeza dengan kebanyakan B-complex yang berada di pasaran ????.
Hal ini terbukti apabila Para saintis telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat  sintetik..

Selain itu,  B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Ciotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
 7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.


KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE

1. Dapat menukar makanan kepada tenaga
- membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

2. Melawan tekanan
- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.

3. Membantu Tumbesaran
- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.Rambut beruban dan gugur
 - membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata
 - mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.

6. Dapat mencegah anemia
 - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7.Meredakan senggugut
- Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.

9.Detoksifikasi - meredakan alahan.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

 KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


Oleh itu…bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya….
Walaupun hanya 1 biji sehari…pelbagai khasiat telah dibekalkan kepada badan kita…bagi melancarkan segala proses didalam  tubuh kita…




Anda terkena "Healing Crisis" ??





Jom Baca soal jawab mengenai 'healing crisis' ni. Mana tau ada yang terkena. Bagi yang terkena healing crisis, jangan panic, teruskan pengambilan suppliment & minum banyak air

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Petua Atasi Senggugut







Bismillah..

Ada tak yang sampai sekarang masih mengalami masalah senggugut? Masalah sakit senggugut ni jangan dipandang ringan ye..Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid tetapi ia turut menjadi petanda supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endemetriosis.

Di bawah ini saya nak share kan beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid ini.


Pilihan 1: 
Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.


Pilihan 2: 
Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3: 
Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4:
Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5: 
Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6: 
Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7: 
Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8: 
Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Pilihan 9: 
Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Pilihan 10: 
Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11:
Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12: 
Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


Tapi, bagi yang susah nak mengamalkan petua-petua yang dinyatakan di atas, boleh juga mengamalkan GLA COMPLEX dari shaklee..

Apa kata pengguna yang telah menggunakan GLA untuk meredakan sakit senggugut:







dan kakak saya sendiri mencuba GLA unt hamil lagi kerana anak sulungnya sudah berusia 7 tahun..katanya bila period dah tak senggugut..tapi masih berusaha untuk dapatkan zuriat.. InsyaAllah, pasti ada rezekinya nanti.

Anda nak cuba GLA COMPLEX untuk redakan kesakitan senggugut setiap kali datang haid? Cepat2 pm@sms@whatsapp saya di talian 0124650784..atau klik di sini..

Jangan biarkan senggugut anda menjadi lebih parah ya!!

Monday 15 July 2013

Cara bancuh ESP

Bismillah..



Hari ini saya nak sharekan pelbagai resepi ESP yg nyummy  bersama-sama dengan PD yang telah dikongsikan oleh rakan seperjuangan di shaklee juga..Biasanya saya minum ESP bersama-sama dengan milo atau low fat milk atau horlicks aje.. (ESP + low fat milk sgtla sedap tau!!). Tapi resepi yang ini berbeza sikit..Agak2 kalau dah bosan asyik ulang ESP dan minuman biasa yang lain meh apa kata kita cuba yang ini pula.. 

ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar


ESP & PD Manggo Nata de Coco


2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.


ESP & PD Kurma Ice Blended


2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air


ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended


2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh


ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat


ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur 

Selamat Mencuba!! Rugi tak cuba..tambah2 sekarang ni bulan puasa, mesti lagi refreshing & memberikan extra tenaga. Dari kita beli minuman yang kita pun tak tahu air tu masak ke tidak, baik kita buat sendiri.. Kebersihannya pun terjamin tau.. Nanti bila-bila saya share pula bagaimana nak buat masker ESP ..

Have A Nice Day 

Sunday 14 July 2013

Bagaimana Nak Tingkatkan Kesuburan

Bismillah..

(entry tertunda..hihi)

Syukur pada Allah, inilah namanya rezeki berganda. Bulan ni harimau mengaum lebih awal dari biasa. Selalunya 14/15 setiap bulan baru dia mengaum. Tapi, pagi2 ni (12/7) bukak fb dah ramai rakan2 seangkatan yang update pasal ngauman gembira harimau nih. Alhamdulillah..

Tapi ada lagi best story nak cita.Sesuai sgt dengan promo bulan ni. Pagi ni dapat lagi satu berita gumbira. One of my family member ( tak leh nak gtau sapa sbb awal lg..hihi) sms gtau dah positive pregnant..Alhamdulillah, syukur2..Rezeki ramadan lah katakan. Beliau amik GLA Complex dalam 2 bulan lepas setelah beliau keguguran kerana mengandung di luar rahim. Sebelum tu pun kn operate sbb ada cyst. Beliau juga ada masalah period yang tidak teratur. We pray the best for you. Mudah-mudahan inilah rezeki yang sangat dinanti-nantikan oleh keluarga. InsyaAllah tak lama lagi Amir & Syifaa akan dapat kawan baru..hihihi

Meh baca sms darinya: 


Apa kaitannya GLA & Kesuburan?

Kalau entry sebelum ni saya ada kongsikan tentang GLA yang dapat membantu melambatkan menopause. Hari ini pula nak bgtau bagaimana GLA membantu meningkatkan kesuburan. Setiap bulan setiap wanita akan mengalami tempoh kesuburan kan. Biasanya cara yang paling senang kita nak tau yang kita sedang subur adalah dengan adanya cecair jernih seakan putih telur. GLA akan membantu menjadikan cecair serviks ini (egg white cervical mucus) adalah cecair yang subur dan berkualiti.  Apabila ianya berkualiti, ia dapat membantu sperma berenang terus ke serviks, ke tiub fallopio & seterusnya ke ovum & makanya berlakulah persenyawaan. Itulah kepentingan cecair serviks yang berkualiti yang dapat membantu sperma hidup lebih lama di tiup fallopio sehingga 5 hari & akan membantu proses persenyawaan walaupun suami isteri tidak melakukan hubungan intim semasa waktu subur (ovulasi).

Ini ada beberapa testi lagi tentang keberkesanan GLA dengan izin Allah.




Alhamdulillah, sebelum berdoa padanya kita mestilah kena usaha dulu kan. Apa pun setiap yang berlaku semuanya dengan izinNya juga..

Anda ada masalah period tidak teratur? PCOS? senggugut? dah lama berikhtiar untuk hamil masih tidak berjaya? Nak tak kalau berusaha dengan pengambilan GLA pula? Kalau nak cepat2 sms@whatsapp saya di 0124650784 atau untuk info lanjut boleh klik di sini.

GLA melambatkan Menopause



Bismillah..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa..Hari ni nak cerita sikitla pasal GLA dan menopause ni.. Nak tak nak, suatu hari nanti pasti semua wanita akan menghadapi menopause kan. Macam period lah jugak, bermula dari umur 11 atau 12 tahun, sorang kanak-kanak perempuan 
akan mula didatangi haid yang menunjukkan kanak-kanak itu sudah pun memasuki satu fasa yang baru dalam kehidupannya.



Apa itu Menopause?

Menopause bermaksud berakhirnya kitaran haid untuk seseorang wanita. Selalunya terjadi di kalangan wanita yang berusia lewat 40-an atau awal 50-an, dan ia menandakan bahawa berakhirlah fasa kesuburan dalam hidup wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, menopause bukan bermakna haid itu tiada, tetapi lebih tepat didefinisikan sebagai tamatnya fungsi utama ovari yang membebaskan hormon yang membentuk dinding uterus dan seterusnya penyingkiran lapisan rahim (a.k.a haid).

Menopause juga boleh terjadi sebelum mencapai usia 40-an. Ia dikenali sebagai menopause awal. Wanita yang menopause awal mungkin disebabkan oleh tabiat merokok, BMI yang tinggi, faktor keturunan, penyakit, rawatan kemoterapi, radiasi dan pembedahan mengeluarkan ovari.

Jadi apakah tanda-tanda anda bakal menopause?

♥ haid tidak teratur
♥ vagina kering
♥ rasa panas
♥ berpeluh waktu malam
♥ masalah sukar tidur
♥ perubahan mood
♥ pertambahan berat badan
♥ kulit kering
♥ rambut menipis .     

credit  

Jadi bagaimana nak mengatasi atau nak meminimumkan tanda2 awal menopause ini? 

Salah satu caranya adalah dengan pengambilan GLA Complex . Kebanyakan Gamma-Linolenic Asid (GLA) di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), Manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih drpd 2 x ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 x lebih bioavailabiliti & 3 x lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega - 6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari  & vitamin e untuk meningkatkan keberkesanan & kestabilannya. 

GLA dapat melambatkan Menopause
GLA dapat memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman, depresi & lain-lain. Pengambilan jangka masa panjang akan  melambatkan penuaan, mengetatkan uterus & menjadikan kulit lebih muda. Jadi, dengan pengambilan yang berterusan akan membantu wanita di lewat usia untuk menangani sindrom putus haid ini.






Apa lagi kelebihan GLA ni?

- HERBA TRADISI YG DIPERCAYAI
  merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat 
  saraf & meningkatkan stamina.

- MENGAWAL SELIA ESTROGEN & TESTOSTERON
  mengawal selia hormon lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi   air & sakit payudara.

- MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY
  memperbaiki masalah prostat lelaki & masalah kerap kencing.

- MENENTANG KANSER

- MEMPERBAIKI MASALAH KULIT

- MENGHALANG KOMPLIKASI DIABETIS

- MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI

- MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT


Wah banyakkkan kebaikan GLA ni..sebenarnya tak perlu nak tunggu sampai sakit baru nak amalkan, masa usia muda nipun dah boleh amalkan dah supaya kita dapat menghindarkan diri kita pelbagai penyakit yang kita pun tak tahu dari mana puncanya. 

Anda nak cuba? Boleh, senang aje, cuma sms@whatsapp 0124650784. Ataupun kalau nak tahu cara yang lebih details boleh klik sini..

Saturday 6 July 2013

Rahsia kekal bertenaga di bulan Ramadan





Bismillah


Alhamdulillah, ramadan bakal datang lagi kurang dari seminggu..cepat sungguh masa berlalu, sedar2 dah jumpa ramadan lagi..last year dapat puasa penuh sebab tgh bawak perut..This year comfirmla tak dapat penuh unless preggy lagi..hihihi..tapi takpelah, dah tu keistimewaan yang Allah berikan, terima sajalah..Yang lagi bestnya, tahun ni sambut ramadan ber4, mesti lagi kecoh time berbuka & bersahur ( tupun kalau budak2 bangun sekalila)..dan pastu tahun ni balik kampung suami kat Sg. Besar..best2, dah lama tak balik kampung.

Apa persediaan kita untuk sambut ramadan? Especially bagi ibu2 hamil, ibu2 menyusu dan bekerjaya..mesti risau takut penat & tak bertenaga nak uruskan kerja & rumahtangga hingga berbuka kan..Kalau boleh mesti nak sediakan juadah berbuka sendiri. Walaupun hanya juadah ringkas..

Bagaimana kita nk pastikan kita kekal bertenaga sampai ke maghrib? Selain dari pastikan kita ambil komposisi makanan yang seimbang & cukup dengan semua nutrien??..Dulu masa sahur saya selalu amalkan makan kurma 3 biji..Alhamdulillah sgt membantu..tapi nasik tak boleh tinggal juga sebab preggy & menyusu kan..

Ok ni sy nak kongsikan rahsia bagaimana nak kekal bertenaga smp ke petang sepanjang ramadan nanti..Rahsianya adalah dengan pengambilan set mighty 3 gems yang mengandungi ESP + mealshakes + performance drinks. Set ni lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan oleh badan. Pendek kata, panjang pun kata kalau terlewat bangan sahur, tak sempat nak masak just shake ketiga2 minuman ini & minum..inshaAllah boleh bertahan sampai ke petang. Bukan bg tenaga saja, tapi bagi ibu menyusu pasti dapat terus menyusukan baby comel anda sepanjang ramadan ini..

Nak tahu lebih lanjut? 

klik sini & sini untuk ESP

klik sini  & sini untuk MEALSHAKE

klik sini untuk PERFORMANCE DRINK

Apa kata pengguna??










Nak dapatkan ketiga-tiga produk yang best ni??
bleh pm@sms@whatsapp sy @ 0124650784 atau klik sini untuk maklumat lanjut ..

Semoga ramadan kali ni kit semua dapat jalani dengan lebih baik dari ramadan2 yang lepas.

Thursday 4 July 2013

Performance Drink



Bismillah..

Hari ni nak share tentang performance drink pulak.. slalu asyik cita pasal ESP ja.. syok cita pasai esp sebab esp ni hot seller, semua orang gilakan esp..hihihi.

Dah nama pun performance drink kan, mestilah tujuannya untuk  meningkatkan prestasi & keupayaan badan kita..Jom kita baca apa lagi yang best pasal performance drink ni:


  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot & sel dengan cepat, mnggantikan air yang hilang  sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot & memanjangkan waktu latihan tanpa mencederkan tubuh

  • Membekalkan Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi & membekalkan elektrolit dalam tubuh & mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium & chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal.

  • Mencegah Penyahhidratan -  mengurangkan kehausan, melembabkan kulit jadi kulit sentiasa kelihatan muda

  •  Mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang  penting bagi tenaga otot & mempercepatkan proses penyembuhan  akibat kecederaan otot.

Siapa yang memerlukan PD ni??

  • Para Atlet
  • Individu yang berpuasa
  • Individu yang akan melakukan pembedahan & selepas pembedahan
  • Individu yang selalu tidur lewat malam
  • Indivdu yang selalu keletihan
  • Wanita yang mengalami masalah kekeringan vagina
  • Individu yang mengalami cirit birit
  • Individu yang tiada selera makan
  • Individu yang mengalami masalah paras gula rendah
Jadi elok sangat lah diambil sebagai menghadapi ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.. Sebab tu lah, PD ni termasuk sekali dlam set Mighty 3 Gems..hihihi

Nak rasai sendiri keenakkan rasa orange yang dapat mencergaskan badan ni?

boleh pm@sms@whatsapp 0124650784 atau klik sini untuk maklumat lanjut.




Wednesday 3 July 2013

Khabar dari Riyadh

Bismillah..

Petang tadi saya dapat pm dari seorg adik yg skang ni menetap di riyadh. Tinggal kat sana sebab ikut husband kerja. Adik ni roommate sy masa study kat UiTM segamat, Johor..hurrmm, rindu sangat dengan dia, dengan uitm, dengan environment di segamat..walaupun jauh, tp saya rasa kenangan masa study kat sana tu lah antara kenangan terindah dalam hidup saya..best giler..rindu berger segamat!! Huwaa, bestnya kalau dapat peluang ke segamat lagi..

Adik ni dah kawen hampir 5 tahun. Tapi masih belum ada rezeki nak dapat baby..InsyaAllah, ada rezeki buatnya nanti..Akak sentiasa doakan yg terbaik buatmu adik!!..Yang sedihnya, dia ckp dia ada PCOS & tiup falopio tersumbat.. Tak pe, akak cuba yang terbaik untuk tolong adik eh..

Rindu nak chit chat ngn dia lama2..Kalau jumpa mesti 1 malam pun tak abes berborak kan..hehhe


Tuesday 2 July 2013

PCOS Ganggu Kesuburan

Bismillah

Setiap wanita dilahirkan dengan sepasang ovari yg bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama ia turut menghasilkan hormon2 tertentu seperti estrogen & progesteron.



PCOS merupakan 1 keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak & akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Sebenarnya PCOS adalah sejenis sindrom & bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Apa pula petandanya?

1. Haid tidak teratur
     Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid @ kadang2 jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga 3-6 bulan unt datang haid yg berikutnya.

2. Obesiti
          Peningkatan berat badan adalah salah 1 lagi tanda PCOS. Hal ini kerana kegemukan @ obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism
          Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki & tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut.

4. Ketidaksuburan.
            Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

sumber:pama

Ok, bila dah tau ada tanda2 mcm kat atas ni lebih baiklah kalau cepat2 dapatkan pengesahan dari doktor. bukan apa, takut kalau lambat nti, macam2 pulak yang timbul. Selain daripada mendapatkan rawatan dari doktor, boleh juga kita ikhtiarkan dulu dengan mengambil GLA Complex. 

Jom berkenalan dengan GLA COMPLEX..

GLA COMPLEX ni diperbuat daripada 3 bahan asli iaitu borage seed, blackcurrent & EPO. Manfaat2 utamanya pula ialah:


Apa pula kata pengguna2 yang dah berjaya hamil dengan pengambilan GLA secara berterusan






see, dah ramai yg dah berjaya atasi masalah mereka dengan pengambilan GLA & vitamin2 lain secara berterusan dengan izinNya jua..jgn putus asa, yg penting kita berusaha & teruskan usaha sampai berjaya..Doa saya sentiasa bersama2 kalian.

Nak cuba GLA & vitamin2 lain? jom singgah sini