Wednesday 17 April 2013

Panduan bagi Ibu Yang Merancang Untuk Hamil

Bismillah..

Anda merancang untuk hamil? Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki anda untuk menimang cahayamata..Tapi, ada 1 perkara yang anda perlu tahu & perlu amalkan..Sila bertindak segera sekiranya anda sedang hamil tetapi masih belum melakukannya kerana mungkin akan membahayakan janin anda..Nauzubillah!!

Jeng..jeng..jeng..apakah yang saya maksudkan tu..bunyi macam serius ja. Ya memang serius kerana bayi anda BERISIKO unt menghidap: 

1) KECACATAN SARAF TUNJANG (NEURAL TUBE DEFACT) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)


dan 

Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele). pergghhhh, berbelit-belit lidah nak menyebutnya. Kalau nak tau mcmna rupanya, silalah google....saya tak sampai hati nak post kat sini..sedihh tgk baby mcm tu :(

2) KEGUGURAN, LAHIR MATI, KELAHIRAN PRA MATANG & KEKURANGAN DARAH

3) KECACATAN YANG LAIN PADA BAYI SEPERTI sumbing lelangit (cleft palate), kecacatan pada jantung (congenital heart disease), pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).

Apakah punca kepada masalah2 ini?? puncanya ialah TIDAK MENGAMBIL / KURANG MENGAMBIL ASID FOLIK SEBELUM & SEMASA HAMIL

Apakah Asid Folik?
Folik Asid adalah vitamin B9 yang tergolong dalam kumpulan Vitamin B. Sangat penting kepada wanita yang merancang untuk hamil. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis & di dalam ekstrak daging lembu.

Bilakah Asid Folik perlu diambil?
Asid folik perlu diambil sekurang-kurangnya 3-6 sebelum kehamilan. Ianya juga membantu untuk merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ianya mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, otak & sistem saraf bayi anda sedang membentuk & berkembang pesat. Jadi, penting bagi ibu untuk tidak lupa mengambil asid folik setiap hari. Semasa minggu ke 13 kehamilan, ibu hamil boleh menghentikan pengambilan asid folik. Namun begitu jika ibu hamil meneruskan pengambilan asid folik, ianya tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Siapakah yang perlu mengambil asid folik?

  • Semua wanita yang berumur dr 14-44 tahun terutamanya wanita yang merancang untuk hamil.
  • Ibu yang pernh melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang (berisiko unt melahirkan anak seterusnya dgn kecacatan yg sama)
  • Lelaki yang mempunyai masalah kesuburan


Sumber makanan yang mempunyai asid folik

  • Bendi
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang
  • Barli
  • Oat
  • Sayuran Hijau
  • Buah & sayur berwarna kuning & oren seperti pisang, jagung, oren, labu, betik & lain2.
Tahukah Anda??

Asid folik dalam makanan akan termusnah jika ia terlebih masak. Jadi, masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air yang minima. Makanlah sayur-sayuran yang dicelur secara sederhana atau mentah.


Persoalannya disini, mampukan kita memastikan bahawa kita mendapat bekalan asid folik yang mencukupi dari sumber pemakanan kita? Mungkin tidak mengapa bagi mereka yang cerewet dalam  memastikan kadar asid folik yang mencukupi. Tapi, bagi yang sibuk, yang tidak punya masa untuk memastikan ianya cukup, alternatifnya adalah melalui pengambilan supplimen yang mengandungi asid folik!!

Jom berikan yang terbaik unt bayi anda..Mencegah itu lebih baik dari mengubati bukan??



Moga ibu2 dikurniakan bayi yg comel & sihat!!

Pastikan sumber supplimen yang anda ambil. Adakah ianya dr sumber semulajadi yang sentiasa selamat & berkesan?? jawapannya YA sekiranya ia adalah SUPPLIMEN SHAKLEE ;)

Ingin mencuba pelbagai supplimen semulajadi Shaklee..Macam2 ada, antaranya:

  • Set Kehamilan ( Juga mengandungi Bcomplex yg ada kandungan asid folik)
  • Set Berpantang
  • Set Menyusu
  • Set Kesuburan suami isteri
  • Set Senggugut
  • Set Kecantikan Kulit
dan macam2 lagi..Hubungi saya unt dapatkan supplimen berdasarkan masalah anda. Saya berikan konsultasi percuma.


pm@sms@whatsapp FIQAH 0124650784
Penghantaran seluruh Malaysia
COD: Butterworth, Kepala Batas, Tasek Gelugur,Sg 2, Penaga, TAT


No comments:

Post a Comment