Wednesday 15 January 2014

Cara atasi masalah susah minum susu semasa hamil

Bismillah..

Entry i sehari 2 ni berkisarkan tentang kehamilan je yer..hahaha.. haruslah.. Sharing is caring kan. Walaupun sekarang bukan 'babymoon' tapi syok bila bercakap pasal pregnancy ni kan.. hehe.. tebal sungguh naluri keibuanku ini..hikhik

'Amir Zhafran masa ni baru beberapa hari pas lahir.. sweet memories betul..ehehhe
berdasarkan pengalaman mengandungkan Amir & Syifaa, perkara yang paling susah sekali untuk diamalkan setiap hari adalah MINUM SUSU!! erk..awatlah susah sangat kan? pelik bin ajaib..cuba juga macam-macam jenama susu.. tapi konsisten paling lama pun seminggu ajer..paling sekejap 1-2 hari.. oh tidak..saya sangat susah minum susu. Tapi skang ni nak teguk low fat milk slumber je.. tambah-tambah lagi kalau campur dengan ESP..perghhh maveles..dulu je kot ada masalah susah minum susu ni..pasti jumpa ESP, rasanya pandai minum susu dah..ehhehe.. terima kasih ESP.. may all time favourite..

cedapnyerrrr ESP + low fat milk..nyum nyum :)

Okeh, berbalik kepada cerita susah minum susu tu.. sebenarnya ada kesannya jugak tau. Kesan yang fqah sendiri rasai ialah kaki selalu kekejangan, kaki kebas, sakit pinggang yang kerap dan jugak sakit di bahagian punggung. Yang sakit kat bahagian punggung tu yang paling tak tahan antara semua kesan..hukhuk..sakit woooo.. Tula, sapa suh degil tak mo minum susu kan.. Amekkkawwww..

Dan, 1 lagi fakta yang fqah baru tahu, kesan kekurangan kalsium juga akan menyebabkan komplikasi semasa meneran ketika sampai masa untuk melahirkan. ohho..minta dijauhkan dari segala musibah saat melahirkan. serta meningkatkan risiko menghidap darah tinggi semasa hamil - praeklampsia. Nah, baru tau..ada risiko lain juga bagi ibu hamil yang kekurangan kalsium dalam diet harian mereka.

                                      
Sebenarnya sumber kalsium bukanlah hanya dari susu, keju, cheese, dadih..tapi kalsium juga boleh didapati daripada makanan pejal sepeti sayur-sayuran, buah-buahan & ikan bilis.

Tapi, bagi sesetengah ibu hamil, masalah terbesar mereka adalah sukar untuk dapatkan keperluan kalsium dari makanan harian. Dengan kesibukan bekerja & menguruskan keluarga adakalanya mereka terlupa akan hal terpenting yang perlu diamalkan semasa hamil ini - makan makanan yang mengandungi kalsium secukupnya!! Bagi seorang ibu hamil, kandungan kalsium yang diperlukan adalah sebanyak 1200mg - 2000mg sehari. Sebab apa? Sebab bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang & bayi menyerap kalsium dari ibunya. Sekiranya kalsium yang diserap tersebut tidak digantikan, makanya ibu tersebut perlulah bersedia untuk kehilangan gigi sebelum tiba waktunya & juga berisiko menghidap osteoporosis.. Wah banyaknya kesan buruk sebab kurang kalsium.. Pregnan akan datang kompem kena cukupkan keperluan kalsium nih.. Wajib minum susu hokeh kalau tak mau reput tulang cepat!!

Jadi, sebagai penyelesaiannya, apa yang perlu dibuat? Kalau dah susah minum susu, fqah cadangkan supaya amalkan pil kalsium. Banyak jenama di pasaran, tapi masa menyusukan syifaa, fqah amalkan makan OSTEMATRIX dari shaklee. Ostematrix ini lengkap dengan vit D & magnesium. Manfaat utama ostematrix ialah menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas kaki & tangan, membantu masalah sembelit ibu hamil dan juga meringankan stress. 



Dah terbukti dapat bantu ibu2 hamil atasi masalah mereka. Dah tak risau kalau tak minum susu pun sebab dah ada ostematrix ni untuk penuhi keperluan kalsium ibu semasa hamil. Mudah kan.. hehehhe

kalau anda pentingkan kesihatan anda & bayi serta nak cuba ostematrix ni untuk penuhi keperluan kalsium boleh hubungi fqah okeh.. 
sms?whatsapp 0124650784..
                                                                                                           

No comments:

Post a Comment