Tuesday 4 June 2013

Korset Tekan Organ Dalaman?

Bismillah..



Seram pulak baca tajuk entry kali ni. Huhu patutla bila pakai korset badan boleh back to shape & selim melim..tp rupa2nya ada bad effect di sebalik pemakaian korset ni..

Sedikit sharing dr pembacaan saya..

Menurut Dr. Raja Ahmad Shaharul, "jika di barat penggunaan korset adalah untuk menyerlahkan bentuk tubuh yang ada dan bagi memberikan rasa panas pada tubuh akibat cuaca sejuk namun di Malaysia pemakaiannya lebih kepada menyerlahkan saiz tubuh yang sememangnya mereka tidak miliki. Dan semestinya tidak digalakkan kerana cuaca kita yang panas dan boleh mengundang kegatalan pada kulit."

Memakai korset hanya meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan sekaligus mengurangkan selera makan. Malah jika korset itu telah digabungkan dengan infrared @ sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) & meningkatkan metabolisme serta membakar kalori dan tidak semestinya membakar lemak

Proses pengurusan badan melalui pemakaian korset sebenarnya adalah 1 tanggapan yang salah & pemakaian korset tidak digalakkan sama sekali dalam jangka masa panjang kerana ia memberi tekanan pada organ dalaman tubuh..Meh kita tgk apa bahaya dr pemakaian korset ni..

  • Ketidakselesaan untuk bernafas
          Penggunaan unt jangka masa panjang boleh menyebabkan tahap oksigen menjadi rendah dalam badan
          akan menyebabkan pening, keletihan dan mual.




  • Terjadinya tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung. Umpamanya seperti sebuah beg yang sarat dengan pelbagai barang & disumbat lg dgn baju & sebagainya, kesannya beg itu akan pecah!!

  • Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.


Fuh, so sesapa yang tak tahu lg, sekarang ni dah tau kan..mmg cantik bentuk badan bila pakai korset, kalah rozita che wan kalau kita pun amalkan pakai korset.hihihi. tp organ dalaman kita pun kena jaga juga. Amanah Allah ni, so kena jaga sebaiknya.

Banyak lagi caranya untuk dapatkan bentuk badan menawan secara semulajadi..tak pa, entry tu nati sy update kemudian ye..

Have A Nice Day Ouls 
          






No comments:

Post a Comment