Sunday 30 June 2013

Mealshakes ~ Multivitamin dalam bentuk serbuk



Bismillah

Alhamdulillah atas segala nikmat & kurniaanNya..
Sebelum ni sy dah penah post pasal kepentingan pengambilan supplimen kan..sapa yang x penah bc lg bleh le jenguk2 kat sini ye.. bg yg rasa susah nak telan byk2 suplimen yg berbeza fungsi bleh la amik 1 saja iaitu multivitamin. Multivitamin ni dah complete dengan pelbagai jenis vitamin penting unt menggantikan  pelbagai nutrisi yg kita tidak dapat dari pemakanan seharian kita..yelah, gaya hidup dah berubah, semua nak cepat, makan puan nak yg segera2 aje. Tanpa kita sedari sebenarnya ia adalah punca kepada kebanyakan penyakit. Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya..

Bagi yang memilih unt mengambil multivitamin, mereka ada 2 pilihan sebenarnya. Samada amik dalam bentuk pil ataupun serbuk.Bagi yg senang telan pil, alhamdulillah xda masalah. Bleh baca kat sini pasal Vitalea Iron Formula.. Masalahnya bg yang susah sgt nak telan pil. Macam2 alasan dok bagi, busukla, besarlah, nak termuntahlah, tersekat kat kerongkongla..huhuhu.. Jadi alternatifnya, anda semua boleh amik Melashakes ~ multivitamin dalam bentuk serbuk..Just shake2 & juga boleh ditambah dalam minuman lain..sgtlah mudah, boleh diambil bila2 masa..Jika diambil sebagai sarapan, ianya mampu memberikan tenaga berpanjangan!!!



Inila dia rupa bentuknya multivitamin mealshake shaklee..mealshake ni menyediakan hidangan lengkap & asid amino yang mana nutrisinya mudah diserap unt kegunaan harian. Mealshake diperbuat drpd bahan semulajadi ~ buah2an, sayur2an, kacang soya & lactalbumin (sejenis susu).

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik & mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari  bayi berumur setahun ke atas hingga dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dll.

Manfaat Utama Mealshakes

Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yg bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh

Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imunisasi dan lain2.

Membantu Tumbesaran

Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang & sel2 unt proses membesar.

Anti-Oksida

Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink & selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan Seri Wajah

Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi & copper yang cukup unt membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kesan wajah/kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi

Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemah berlebihan & sisa buangan dari perut dan usus.

Kelazatan Rasanya

Mimuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin mineral & juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna & gula tiruan. Dengan perisa vanilla lazat unt dinikmati oleh emua golongan.

Mealshakes dihasilkan unt golongan ~ bayi, pelajar, kanak2 yang sdg mbesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, workaholic, org yg gemarkan makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Melashakes adalah pilihan yang bijak!!

Lagi info tentang mealshakes..

Nak rasa vanilla melshakes yang mengancam??
Klik sini

No comments:

Post a Comment