Monday 15 July 2013

Cara bancuh ESP

Bismillah..



Hari ini saya nak sharekan pelbagai resepi ESP yg nyummy  bersama-sama dengan PD yang telah dikongsikan oleh rakan seperjuangan di shaklee juga..Biasanya saya minum ESP bersama-sama dengan milo atau low fat milk atau horlicks aje.. (ESP + low fat milk sgtla sedap tau!!). Tapi resepi yang ini berbeza sikit..Agak2 kalau dah bosan asyik ulang ESP dan minuman biasa yang lain meh apa kata kita cuba yang ini pula.. 

ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar


ESP & PD Manggo Nata de Coco


2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.


ESP & PD Kurma Ice Blended


2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air


ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended


2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh


ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat


ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur 

Selamat Mencuba!! Rugi tak cuba..tambah2 sekarang ni bulan puasa, mesti lagi refreshing & memberikan extra tenaga. Dari kita beli minuman yang kita pun tak tahu air tu masak ke tidak, baik kita buat sendiri.. Kebersihannya pun terjamin tau.. Nanti bila-bila saya share pula bagaimana nak buat masker ESP ..

Have A Nice Day 

No comments:

Post a Comment