Tuesday, 16 July 2013

Petua Atasi Senggugut







Bismillah..

Ada tak yang sampai sekarang masih mengalami masalah senggugut? Masalah sakit senggugut ni jangan dipandang ringan ye..Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid tetapi ia turut menjadi petanda supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endemetriosis.

Di bawah ini saya nak share kan beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid ini.


Pilihan 1: 
Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.


Pilihan 2: 
Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3: 
Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4:
Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5: 
Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6: 
Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7: 
Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8: 
Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Pilihan 9: 
Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Pilihan 10: 
Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11:
Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12: 
Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


Tapi, bagi yang susah nak mengamalkan petua-petua yang dinyatakan di atas, boleh juga mengamalkan GLA COMPLEX dari shaklee..

Apa kata pengguna yang telah menggunakan GLA untuk meredakan sakit senggugut:







dan kakak saya sendiri mencuba GLA unt hamil lagi kerana anak sulungnya sudah berusia 7 tahun..katanya bila period dah tak senggugut..tapi masih berusaha untuk dapatkan zuriat.. InsyaAllah, pasti ada rezekinya nanti.

Anda nak cuba GLA COMPLEX untuk redakan kesakitan senggugut setiap kali datang haid? Cepat2 pm@sms@whatsapp saya di talian 0124650784..atau klik di sini..

Jangan biarkan senggugut anda menjadi lebih parah ya!!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment