Wednesday 17 July 2013

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu Ketika Berpuasa



Bismillah

Hari ni nak share sikitlah pasal panduan pemakanan ibu menyusu ketika berpuasa nih..saya pun ibu menyusu, jadi sapa2 lagi yang sedang menyusukan bayi-bayi comel anda meh kita amalkan panduan ini..Moga perjalanan penyusuan kita berjalan lancar. Amin!!




1. MINUM AIR SECUKUPNYA

    Anda perlu minum air yang cukup ketika sahur & berbuka puasa bagi mengelakkan dehidrasi  yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum 2-3 liter sehari.. Wah, macam susah je nak minum banyak tu ketika bulan puasa..Tak susah sebenarnya.. Kalau boleh cuba sukat pengambilan air, coontohnya masa sahur nak minum banyak mana, masa buka puasa nak minum banyak mana. Elakkan pengambilan air manis ketika buka puasa. Masa sahur pulak, kalau tak lalu minum air kosong, cuba minum air suam..

2. JANGAN ABAI SAHUR

    Usah sesekali meninggalkan waktu sahur & anda digalakkan melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein & apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng  dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA

    Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 biji. Amalan sebegini dapat mendapatkan tenaga  segera selepas berpusa sepanjang hari. 

4. BANYAKKAN BUAH & SAYUR

   Makanlah buah & sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT

  Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengmbil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. AMALKAN MADU

  Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. ELAKKAN MINUMAN KARBONAT

  Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi  banyak gula seperti minuman bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu peghasilan susu ibu jika diambil berlebihan

8. MENGAMBIL SUPPLIMEN & MAKANAN PENAMBAH TENAGA

    Ibu-ibu juga digalakkan mengambil multivitamin dan minuman penambah tenaga seperti ESP (protein dari sumber soya) supaya dapat terus kekal bertenaga disamping menjayakan penyusuan si comel anda.


Ingin mencuba set untuk kekal bertenaga dari shaklee? pm @ sms @whatsapp 0124650784. Ataupun boleh klik sini.  Tak rugi mencuba..Ibu cergas, anak pun dapat khasiat!!

No comments:

Post a Comment